10.2.21

 Back to School 2021


Hi all

Hampir sebulan dah persekolahan tahun 2021. Tahun ni Anna Shaqira (Ann) darjah 1, semua serba serbi benda baru, yang paling "baru" online class.

Yuran sekolah siap bayar, baju, kasut dan buku sekolah dah siap beli, petang tu PM umum PKP, huh tersidai je la semua, sayang nya, kalau lah PM umum cepat sikit, tak payah beli lagi...

Aku berangan la nak amek video dia berbaris di perhimpunan, aku berangan nak jadi spy sebab nak intai dia dalam kelas, nak intai dia kat kantin beli makanan, intai dia naik van betul ke tak.. tapi tu semua harapan je la. Last2 semua kat rumah je..

Masa first day sekolah, 20/1/2021, Aku kejut Ann bangun pagi, mandi, pakaikan dia baju sekolah nak suruh dia semangat sikit walaupun online class je, jumpa cikgu dan kawan2 baru secara maya je, harap dia boleh adapt new norm ni.. sedih juga bila Ann cakap "Macam mana adik nak kenal kawan2 kalau tak jumpa?" Allah, angkat la Covid ni dari muka bumi.

Perancangan Allah semua adalah yang terbaik dan segalanya berhikmah. Aku bersyukur jugak, sebab aku nyaris hilang Ann dari semua ni. Yelah, kan bapak dia dulu duk rebut Ann dengan aku haritu.

Bayangkan kalau bapak dia dapat Ann dulu, mesti dia online class dengan Uwan dia, takpun dengan Makteh dia, mampu ke diorang? Mampu ke Uwan nak log in google meet or Zoom? Bapak dia memang akan serah tugas tu dekat mak dia je.. Class online, kerja sekolah, semua lah.. tah2 Ann ni tak bersekolah agama pun.. Ya Allah aku benar2 syukur.

Kadang2 aku burn out jugak, mana nak PdPR, mana kerja sekolah, Ann, Abang Afiq lagi dan kerja aku sendiri, memang letih, tapi aku tak mampu nak sub kan kat org lain.. Nak kata aku perfectionist, aku monitor anak2 takde la hebat mana pun, tapi aku puas hati sebab semua depan mata aku.

Alhamdulillah.

Harapan aku walaupun pelajaran anak2 online je, aku monitor pun tak la sempurna mana, tapi anak2 masih belajar dan inshaallah berjaya dengan ilmu yang diorang dapat. Kita kena selalu bersyukur ada orang lain lagi tak mampu, takde internet, takde laptop/smartphone. Syukur sangat.

Harapan aku jugak, aku dapat manage emosi aku, metal dan fizikal aku sekali. Itu yang paling penting  sekali sebagai Ibu yang kerja dari rumah dan online class anak2, aku kena well prepared emosi aku dulu sebelum aku mengadap yang lain2.

Kenangan Ann dengan baju sekolah.



Bye.


3.1.21

Pangsun 2021

Hai.

Selamat Tahun Baru 2021.

Tahun baru biasalah cuti kan, so weols plan nak g picnic. Asalnya nak jalan2  di Zoo, tapi plan changes. Weols decide pergi picnic, hati ni nak picnic laut, tapi laut kan jauh dari KL ni, so pergi sungai je la..

Yang pergi M, Aura, Pp&Ain, Yana sekeluarga, n me and kids. Nak pergi Bamboo Camp tu, pergi pulak pun main terjah, tahu tahu fully booked rupanya, jalan la ke atas lagi, last2 sampai la kat Pangsun cik Piyah. Kalau ikutkan dia punye gazebo pun dah fully booked, tapi dia bagi je la weols duduk tepi sungai sbb dia nampak weols dgn bag2, makanan kot. Cas tapak rm6, parking rm2.

Ok, apar la tikar, Afiq tu dah tak menyabar sangat, dia terjun dulu. Adik Ann pun mengikut abang dia, Khaliss n Hariss pun sekali la dia tengok “ketua” tu dah terjun dulu. 

Apar2, susun2, start la dapor gas tin tu. goreng hotdog, goreng drumet, ada nasi lemak saleha, mihun petronas, air mineral je. Ok la buat alas perut. 

Best betul air sungai, sejuk, air laju juga sebab hujan pagi tu.. Ada jugak cik Piyah tu buat swiming pool untuk budak2, ok la adik Ann cakap situ best x sakit kaki kena batu, tapi air dalam tu lebih sejuk dari air sungai.


Mandi, berendam, photoshoot ala Maya Karin Challenge (thanks to Ain yg amekkan gambar 👍🏼) naik makan meggi pulak, uish seronok betul.. pastu masuk balik dalam air, mandi last, baru la naik balik..


Dalam kul 1 lebih nak kul 2 camtu weols salin baju, kemas barang, sampah buang, yang last sekali Afiq la, dia mandi tak naik2, siap join family mana tah yang kat spot agak dalam jugak tu, adik Ann dah sampai biru bibir, tu pun sedih nak masuk lagi tengok abang dia tak naik2.


Naik2 lapar jjelir la...

Best kan picnic, lain kali kita pergi lagi ye.













Bye.

9.10.20

TOXIC

 Hi

Salam Jumaat.


Berita tak berapa nak elok di pagi Jumaat amat lah tidak menyenangkan.


Orang2 resign Department aku ni.. Kenapa aku masih lagi nak tunggu? Tunggu apa?

Orang2 resign Department aku sebab Team Leader kitaorang toxic. #justmy2cents


Aku, bukan je kat Office toxic environment, kat rumah pun toxic.

Mana nak pergi ye?

Adakah pergi mati tu yang terbaik?

25.9.20

Anak lelaki dan anak perempuan lebih perlukan siapa?

 Kata Suami

"Aku akan lepaskan kau, tapi adik bawah jagaan aku."

Dia letakkan syarat yang paling merepek yang aku pernah dengar. 

Kenapa adik? Adik perempuan. 

Kenapa tak abang? Abang lelaki.


Kata Suami

"Senang anak perempuan, bila aku tua, dia boleh tengok2kan aku"


Kata Isteri

"Bukan kah anak perempuan, bila besar nanti akan menikah dan akan ikut suaminya kelak? Jika nasibnya tak baik, dapat bakal suami tagune macam kau, kau ingat suaminya benarkan dia jaga kau?


Kata Isteri

"Sampai waktu matang adik, soal haid, MAMPU kah kau tunjuk ajari dia? takkan nak suruh Uwan?"


Kata Isteri lagi...

Anak lelaki lebih perlukan ayah, kerana....

untuk bawak dia Solat Jumaat,

untuk tunjuk dia cara main bola sepak,

untuk ajari dia cara menghargai perempuan!


DIAM DIA SITU.

21.9.20

Makna perkahwinan

Perkahwinan bukan sahaja perlu dua orang yang baik, tapi perlu ada dua orang yang boleh merasa aman dan nyaman antara satu sama lain.

Amankah kau bila bersama aku?

Nyamankah aku bila adanya kau?

18.9.20

Suami yang bagaimanakah anda?

Petang khamis.

Terkocoh2 sang isteri pulang kerja, mulai tugasan memasak hidangan makan malam untuk keluarga tercinta harus disediakan. 

Tanak nasi, mujur juga ayam dah defrost, boleh terus siang2 dan perap. Oh halia pulak habis, minta anak sulong, 'Abg tolong beli halia sat.' pergi kedai laju aje budak2. 

Keng keng, kung kung bawang di mayang , ditumbuk, sayur dihiris.. selang 45 minit berpanas dan berpeluh, siap sudah hidangan makan malam, ayam halia dan kacang boto tumis sos tiram.. masing2 masih panas di kuali dan periuk. 

Azan maghrib 15 minit sudah berkumandang, sang suami masih di ruang tamu, kejap mata ke TV, kejap mata ke telefon, apa yang dilihat dan apa yang dibelek, tak siapa tahu.. sekali lagi pekik si isteri ke anak 'mandi, solat maghrib...' tapi biasalah terbang sahaja pekikan bersama angin lalu. 

Malam jumaat, sudah menjadi kebiasan sang isteri, amalan bacaan yasin selepas Maghrib, kebetulan Isyak awal, terus menuggu hingga masuknya waktu, dan tunaikan kewajipan waktu Isyak itu. 

Usai Isyak, hidangan makan malam masih di dapur, isteri juga yg menghidangkan semuanya, panggil semua makan, dan makan la semua bersama hidangan yang terhidang. Alhamdulliah, kenyang walaupun 2 jenis lauk, bersama air mati sahaja. 
Dah makan, kuali dan periuk tadi terbiar sahaja di dapur, penat sudah sang isteri nak teruskan kerja2 membersihkan dapur, dahla memasak dan menghidang tadi, ditambah pula kekenyangan. 

Jam 10 malam, alarm berbunyi, tanda masuk la waktu tidur, siap2 tidurkan anak. Selamat Malam anak2, semoga mimpi indah. Si isteri baru nak lena, dikejutkan semula oleh sang suami minta untuk di layan. Si isteri yg sudah habis tenaga WAJIB ye, WAJIB untuk layan kan, HARAM dan dilaknat malaikat hingga ke pagi jika menolak. 

Apalah makna bagi si isteri jika semuanya dalam keterpaksaan?? tanpa rela?? dan tanpa Redha?? 

KALAULAH..... 
Si isteri yang sudah penat memasak tadi, sang suami tolong hidangkan hidangan. 

KALAULAH.... 
Sang bapa, yang mengajak dan menguruskan anak2 untuk mandi dan solat bersama2 dan membaca yasin bersama2 sekeluarga. 

KALAULAH.... 
Lepas makan malam yang tiadalah seistemewa mana, yang sudah dimasak oleh si isteri tadi, periuk kuali semua tolong dicuci oleh si suami. 

KALAULAH semua itu terjadi tanpa di suruh atau di pinta atau di arah oleh si isteri kepada sang suami... sejuk kan hati tisu si isteri itu? 

Ambil la hati si isteri, dengan hanya menghidangkan makanan. 
Ambil la hati si isteri, walaupun dengan hanya membasuh seketul kuali. 
Ambil la hati si isteri, dengan membaca Yassin di malam jumaat. 

Berbunga nya hati isteri memang pada benda yang remeh temeh sahaja. Ketahuilah jika berbunganya hati isteri, bukan sahaja layanan ranjang sang suami dapat, pengorbanan nyawa pun sanggup si isteri bagi. 

JADI, anda sang suami yang bagaimana? 
Yang pandai ambil hati isteri atau 
Yang langit egonya?

9.1.20

Fisioterapi L5/S1

Hi, 

Harini 2nd session fisio, email appointment card to request GL, sampai KPJ pergi ting5, verify GL dulu than ke fisio, arini dia tunjuk lebih detail kat tempat L5 tu, tanya apa yg boleh kita makan untuk adakan disc tu? Dia ckp xde. Surgery je kecutkan tulang tu biar disc tu normal. Jgn angkat berat, guna trolley, kalau boleh jgn bawak motor dah 😢 nk naik tren sis x kuat..

Memula letak hot pad dlu, letak hot pad pun dah rasa relief jugak, lepas tu buat karen macam hari tu, karen tu dia macam massage la, lepas tu rasa selesa la, rasa lega...

M and Aura pun datang melawat, what a surprise.. tq for coming.