9.10.20

TOXIC

 Hi

Salam Jumaat.


Berita tak berapa nak elok di pagi Jumaat amat lah tidak menyenangkan.


Orang2 resign Department aku ni.. Kenapa aku masih lagi nak tunggu? Tunggu apa?

Orang2 resign Department aku sebab Team Leader kitaorang toxic. #justmy2cents


Aku, bukan je kat Office toxic environment, kat rumah pun toxic.

Mana nak pergi ye?

Adakah pergi mati tu yang terbaik?

25.9.20

Anak lelaki dan anak perempuan lebih perlukan siapa?

 Kata Suami

"Aku akan lepaskan kau, tapi adik bawah jagaan aku."

Dia letakkan syarat yang paling merepek yang aku pernah dengar. 

Kenapa adik? Adik perempuan. 

Kenapa tak abang? Abang lelaki.


Kata Suami

"Senang anak perempuan, bila aku tua, dia boleh tengok2kan aku"


Kata Isteri

"Bukan kah anak perempuan, bila besar nanti akan menikah dan akan ikut suaminya kelak? Jika nasibnya tak baik, dapat bakal suami tagune macam kau, kau ingat suaminya benarkan dia jaga kau?


Kata Isteri

"Sampai waktu matang adik, soal haid, MAMPU kah kau tunjuk ajari dia? takkan nak suruh Uwan?"


Kata Isteri lagi...

Anak lelaki lebih perlukan ayah, kerana....

untuk bawak dia Solat Jumaat,

untuk tunjuk dia cara main bola sepak,

untuk ajari dia cara menghargai perempuan!


DIAM DIA SITU.

21.9.20

Makna perkahwinan

Perkahwinan bukan sahaja perlu dua orang yang baik, tapi perlu ada dua orang yang boleh merasa aman dan nyaman antara satu sama lain.

Amankah kau bila bersama aku?

Nyamankah aku bila adanya kau?

18.9.20

Suami yang bagaimanakah anda?

Petang khamis.

Terkocoh2 sang isteri pulang kerja, mulai tugasan memasak hidangan makan malam untuk keluarga tercinta harus disediakan. 

Tanak nasi, mujur juga ayam dah defrost, boleh terus siang2 dan perap. Oh halia pulak habis, minta anak sulong, 'Abg tolong beli halia sat.' pergi kedai laju aje budak2. 

Keng keng, kung kung bawang di mayang , ditumbuk, sayur dihiris.. selang 45 minit berpanas dan berpeluh, siap sudah hidangan makan malam, ayam halia dan kacang boto tumis sos tiram.. masing2 masih panas di kuali dan periuk. 

Azan maghrib 15 minit sudah berkumandang, sang suami masih di ruang tamu, kejap mata ke TV, kejap mata ke telefon, apa yang dilihat dan apa yang dibelek, tak siapa tahu.. sekali lagi pekik si isteri ke anak 'mandi, solat maghrib...' tapi biasalah terbang sahaja pekikan bersama angin lalu. 

Malam jumaat, sudah menjadi kebiasan sang isteri, amalan bacaan yasin selepas Maghrib, kebetulan Isyak awal, terus menuggu hingga masuknya waktu, dan tunaikan kewajipan waktu Isyak itu. 

Usai Isyak, hidangan makan malam masih di dapur, isteri juga yg menghidangkan semuanya, panggil semua makan, dan makan la semua bersama hidangan yang terhidang. Alhamdulliah, kenyang walaupun 2 jenis lauk, bersama air mati sahaja. 
Dah makan, kuali dan periuk tadi terbiar sahaja di dapur, penat sudah sang isteri nak teruskan kerja2 membersihkan dapur, dahla memasak dan menghidang tadi, ditambah pula kekenyangan. 

Jam 10 malam, alarm berbunyi, tanda masuk la waktu tidur, siap2 tidurkan anak. Selamat Malam anak2, semoga mimpi indah. Si isteri baru nak lena, dikejutkan semula oleh sang suami minta untuk di layan. Si isteri yg sudah habis tenaga WAJIB ye, WAJIB untuk layan kan, HARAM dan dilaknat malaikat hingga ke pagi jika menolak. 

Apalah makna bagi si isteri jika semuanya dalam keterpaksaan?? tanpa rela?? dan tanpa Redha?? 

KALAULAH..... 
Si isteri yang sudah penat memasak tadi, sang suami tolong hidangkan hidangan. 

KALAULAH.... 
Sang bapa, yang mengajak dan menguruskan anak2 untuk mandi dan solat bersama2 dan membaca yasin bersama2 sekeluarga. 

KALAULAH.... 
Lepas makan malam yang tiadalah seistemewa mana, yang sudah dimasak oleh si isteri tadi, periuk kuali semua tolong dicuci oleh si suami. 

KALAULAH semua itu terjadi tanpa di suruh atau di pinta atau di arah oleh si isteri kepada sang suami... sejuk kan hati tisu si isteri itu? 

Ambil la hati si isteri, dengan hanya menghidangkan makanan. 
Ambil la hati si isteri, walaupun dengan hanya membasuh seketul kuali. 
Ambil la hati si isteri, dengan membaca Yassin di malam jumaat. 

Berbunga nya hati isteri memang pada benda yang remeh temeh sahaja. Ketahuilah jika berbunganya hati isteri, bukan sahaja layanan ranjang sang suami dapat, pengorbanan nyawa pun sanggup si isteri bagi. 

JADI, anda sang suami yang bagaimana? 
Yang pandai ambil hati isteri atau 
Yang langit egonya?

9.1.20

Fisioterapi L5/S1

Hi, 

Harini 2nd session fisio, email appointment card to request GL, sampai KPJ pergi ting5, verify GL dulu than ke fisio, arini dia tunjuk lebih detail kat tempat L5 tu, tanya apa yg boleh kita makan untuk adakan disc tu? Dia ckp xde. Surgery je kecutkan tulang tu biar disc tu normal. Jgn angkat berat, guna trolley, kalau boleh jgn bawak motor dah ðŸ˜¢ nk naik tren sis x kuat..

Memula letak hot pad dlu, letak hot pad pun dah rasa relief jugak, lepas tu buat karen macam hari tu, karen tu dia macam massage la, lepas tu rasa selesa la, rasa lega...

M and Aura pun datang melawat, what a surprise.. tq for coming.


8.1.20

Slip disc L5/S1

Kronology sakit kaki



Somewhere October 2019, angkat kotak iron mountain tu la, it triggered belakang, sakit ooi.

2weeks after x sakit belakang dah, dia turun ke punggung terus ke seluruh kaki kanan.

End November, pergi Klinik neumedik, Dr Prema, injection+pain killer, lepas inject lagi sakit, LAGI SAKIT OK.

24/12/19 : Dr nazli pain killer 10 days, boleh la tolerate sakit tu 50%, bila habis pain killer, sakit sgt.

3/1/2020 : Dr nazli follow up pain killer + referral letter

6/1/2020 : KPJ tawakkal, Ortho, Dr Ruslan, wait almost 5 hours, from 10.30am until 3.10pm baru doc panggil, jumpa 5 min je, terus cakap awak slip disc ni..esok dtg MRI kul 11 ðŸ™„ macam tu je.. nak tanya betul ke slip disc, kang dia ckp awak doc ke sy doc?? Baik haku diam.

7/1/2020 : 10.45am verify GL, 11.10am panggil MRI, staff nurse L ckp, pakai baju, tudung dan seluar dalam shj, yg lain semua bukak, dah la boleh tahan good looking, haha, malu terasa.. MRI 20 - 30 minit, dia bising sikit dia ckp, dgr lagu ni sambil hulur stetoskop, x membantu pun sebab bunyi MRI lagi bising, bunyi mcm org main games tembak2 tu, tet tet tet tet tet ðŸ™„
11.55am done MRI, naik balik klinik, doc dh keluar kul 1 baru dia masuk balik.. so we wait...
1.50pm doc panggil, doc ckp slip disc over 50%, PID (prolapsed intervertebral disc) L5/S1 ðŸ˜­, doc suh buat fisio 2x per week for 3 weeks, kalau x baik jugak, kene operate ðŸ˜­ðŸ˜­. Harap ok la semuanya..

2.30pm request GL untuk fisio pulak 3.10pm baru dpt, GL fisio kena request upon visit.
3.30pm fisio pulak, dia explain sikit pasal fisio ni, and dia ade mention aku ni piriformis, pastu 4.00pm start treatment karen 4.30pm habis, best wey karen tu. 
terapis ajar juga exercise kena buat..
1. Tekan punggung 10sec
2. Tekan punggung angkat kaki sebelah 10sec
3. Tekan punggung angkat 2,2 kaki 10sec
4. Piriformis exercise 10sec


Tbc..