29.8.16

Walimah Imah & safuan part 2

Hi..

Ni part 2, bertandang, belah Seremban, belah Safuan, belah kiteorg la kiranya..

Theme : Biru diRaja

Selamat Pengantin Baru,
Moga bahagia ke anak cucu..

Enjoice gambar..
















22.8.16

Walimah Imah and Safuan

Hi,

Last weekend, sah la Safuan jadi suami orang.
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Nurhalimah sah jadi isteri dia..

 
 
 



Eh, aku yg over excited dh kenapa..

tah la, to me, every wedding to bnyak sgt moments. dah la kawin ni sekali je.. org yg kawin banyak kali, lain cter la kan.. tettttt...  so, kene la appreciate every moments tu.

Walaupun adik ipar ke, adik sedara ke, 2pupu ke, kalau majlis akad nikah and majlis perkahwinan tu ade kaitan nag aku, aku akan get involved, tukang menyebuk, tukang nk tolong, tukang bagi idea walaupun idea tah pape.. pape la aku la tu..

so, akad nikah malam, lpas isyak, so tema coklat, haa tema2 ni yg penting.. tapi disebabkan malam, so xbapa la nk bergambor sgt sbb gelap. haha. Tapi, sume pun sporting, sume pakai coklat.. tpi di sebabkan bgtau tema last minit, so budak2 xbape nk coklat sgt. Aku pun coklat recycle. asal boleh..

 
 
Selesai akad nikah, esoknye resepsi pulak..
 
Tema Kelabu.. sgt2 cantik..
 

 


 
 erm.. minggu depan kat belah Seremban plak.. jumpe miggu depan.. hihi.



8.8.16

Personal Shopper Bella Ammara

Hi,

Sis nak bagitahu, Sis personal shopper (PS) Bella Ammara (BA).

Sis start jadi PS BA since 01.04.2016. Tujuan sebenar memang sebab I minat berbisness, kebetulan BA buat announcement nak cari PS, so sis register la.

Lagipun kalau uols bace pasal CEO dia (Carl Samsudin) and wife dia (Belle Al-Yahya) sangat la mengagumkan. Cara, idea dan semangat theyols sgt2 impressive dan inspiring.

Sebelum raya haritu, BA ada buat shut down sale, dan sis berjaya dapat untung hasil dari komisen jadi PS, RM500.. kira banyak jugak tu bagi sis la.. :)

BA ni design dia sume exclusive and pricy too, tpi sesuai la dengan harga dia. BA kira dah established jugak, di Instagram theyols dah 600K++ followers dah. BA juga ada Bellaammaralovers dia sendiri, so bagi sis kalau kita nak jual preloved or NWT still ade org beli..

So after raya ni, sis still continue jadi official PS BA, boleh visit instagram sis ps.azri and FB sis Personal shopper by Azri. Whatapps 0146672696.
Untuk non sale items, free servis charges. untuk sale items bru ade servis charges RM5 per item. murah je sis amek. Postage biasa la RM9 untuk SM dan RM13 untuk SS.

New arrival dari BA, Alice collections. Ade Alice longtop, Alice kurung dan Alice jubah.




Material kurung dan jubah dull satin dan sequin, untuk longtop material polycrepe dan sequin. Sis dh cek stock update, Alice kurung sgt2 selling fast, dh x banyak saiz yg ade. Jubah masih all alvailable dan Longtop pun masih banyak.

So cepat2 dapatkan koleksi Alice ni, kene tau juga ye, BA stail dia x restock, habis design ni habis... tpi of course ade design baru.. kalau xdpt grab design ni, nk grab later dh xde.. haaaa jangan ketinggalan..

Whatapps  Azri PS anda 014-6672696 ye..

Bye..

2.8.16

Husna Nasi Berlauk Air Dingin kini di Ampang

Hi,

Apa itu Husna Nasi Berlauk (HNB) Air Dingin?

Nasi Berlauk Air Dingin adalah sempena nama tempat Kampung Air Dingin di Tumpat.

Ramai yang agak confius yang mana satu yang ori sebab ada pelbagai logo dari lokasi yang sama.

Apa specialnya kami dari nasi berlauk yang lain?? Mesti nak tau kan?? Syhhhh.... rahsianya.... kami bawakan dari Kitchen HNB,Tumpat.

Tim Kitchen HNB memasak dengan penuh kasih-sayang & kebersihan diutamakan. Hasilnya masakan akan sentiasa berkualiti dan sentiasa "SEDAP". Setiap bungkusan kami ada logo HNB. Pastikan yang berlogo HNB,ada mesti percaya apa yg kami kata...!


✔ Kitchen HNB terletak di Lot 109,Kg Air Dingin,16200 Tumpat,Kelantan.
✔ Kualiti resepi asli kami telah digemari sejak tahun 2000 dan antara yang terawal.
✔ Nasi dikukus lebih 4 jam dengan kawalan suhu
✔ Beras dipilih dari yang berkualiti tinggi
✔ Tahan selama 24 jam dari waktu dibungkus, insyallah Money Back Guarantee !!
✔ Lauk Ikan direneh bersama rempah ratus sehingga pecah minyak. Sambal dari lada hijau special. INI YG BEZAKAN kami dari yg lain!!
✔ Kualiti Resepi asal semenjak tahun 2000
✔ Kitchen Gred A dan sering dilawati Bahagian Pematuhan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan.
✔ Pekerja-pekerja dari kalangan Penduduk Air Dingin yang perlu kami bantu dibantu secara sinergi dengan kewujudan outlet di KL/Selangor.
✔ Dibawa terus dari Kitchen HNb Nasi Berlauk Kg Air Dingin Klate
✔ Nama Glamer NASI FLIGHT .
✔ Dibungkus lauk & sambal berasingan untuk kekal sedap sehingga malam.

And the good news is kini di Ampang Point.

Berhadapan Restoran Rashid.







Jom beli..

Ade 3 jenis lauk, Ikan, Ayam dan Daging Kerutuk




Kami juga menyediakan delivery service, T&C applied as follows:-

1)Order sehari sebelum 12pm
2)Delivery charges 50sen sebungkus
3)Minimum order untuk satu location 5 bungkus
4)Delivery area radius <5km Kuala Lumpur
5)Delivery time 10.30am keatas

Antara customer kami..








Pre order whatapps

Afifi 019-3735600
Azri 014-6672696


Terima Kasih Membeli,
 
Esok  dtg lagi..


 

1.8.16

Hari Raya 2016

Hi,

Kita men throwback je la ye.

Sementara masih dalam bulan Syawal.

Tahun ni sepatutnye raya belah mentua di Seremban nun. tapi di sebabkan ade masalah dalam system kekeluargaan di belah sana. So kita adhoc raya Kelantan tahun ni. Yahoo..

Balik pun tumpang kete M, ye kan beli kete baru Axia.. naik la kami 3 branak Afiq, Anna and me kat belakang, M and Aura depan.. P naik motor. Erm.. Boleh la.. Luas jugak Axia ni seat belakang compared to ViVa dulu.



Raya Kelantan seronok sbb menu bukak pose, bukan kat KL xde jual.. ada je uma kat KL x la sesedap macam kat KB.. salah satunye nasi kerabu ni..
sedap ooi.. beratur satu jam tau. tapi weols sanggup..





di sebabkan tahun ni adhoc raya Kelantan, so baju raya so x bapa nk ada sgt.. so xde la tema kaler tahun ni..



Jalan2 raya gi uma baru che Yani, kat Bachok.. dh siap dah uma dia. dan amat la sgt cantik tersergam indah.. Nak jugak la satu hari nanti uma macam ni.. besar luas design ikot kita.. tpi berangan je la, kan free.. kita berusaha jadikan berangan tu reality.. Inshaallah.

living


iron & laundry room


kitchen and dining room



balcony

view from upstairs
snap jugak kat sawah padi.. best la nk duk Bachok etek..


Raya ke3, gerak to Kuala Terengganu pula.. panjang umor balik KB lagi. tpi setiap kali balik ade je benda sakit hati. tu internal problem I so xdpt la nk tolong kan..




OTW, singgah Pantai Penarik.. biasa la Pose Lompat mesti ada kan..


 
 
So.. dah nk abis dah raya..  inshaallah tahun depan jumpa lagi Ramdhan dan Syawal seterusnye.. mana tahu ni Ramadhan terakhir kita, berbuat baik la kita..
 
bye.