25.11.19

Shafiq Azri berkhatan

Hi semua..

Boleh kata dari awal tahun dah pesan kat Shafiq nak khatan tahun ni.

Dia pun mcm redha je.

Sampai la last weekend, belanja dia makan, beli aiskrim, beli komik.. Beli jiwa gituww.

Harini, hari kejadian, waaaaa dia jerit satu klinik.. Ibu yang nervous ooi. Nasib baik ayah yang teman masuk dalam. Masuk kereta nak balik, menangis tak berenti.. Ngilu.. Masa kat klinik tak menangis, sebab ada patient lain, puji. Wahh bagusnya, dah besar, dah bujang..

Apapun, Alhamdullilah selesai dah semua.

Selamat jadi org bujang Shafiq Azri anak ibu.
U still my baby..😢


29.10.19

Al-Fatihah

Salam

Dari Allah kita datang, kepada Alla jua lah kita kembali.

Salam takziah kepada sahabat Dayang Siti Fazlina binti Abang Kamarudin serta keluarga kerana kembalinya ayahanda yang tercinta pada 27/10/2019.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Sumber : Bernama















Ni berita kematian kedua yang btul2 buat aku terkejut, selepas arwah Che Na.
Al-fatihah juga kepada arwah CheNa. Dah 5 tahun arwah pergi, tapi rasa macam semalam je lagi, kalau teringat memang akan mengalir air mata.


Samala dengan arwah bapak Dayang ni, sebab Dayang ada cerita jugak pasal bapak dia, macam dah ok haritu, tapi tiba2 dah takde.

Mungkin ada yang cakap bukan ahli keluarga terdekat pun, tapi xtahu kenapa rasa terkesan dengan kehilangan tu.

Yang pasti MATI itu PASTI, bila2 masa je, bersediakah kita.


13.8.19

Tiger Sugar

Hi

Ok aku janji ni last aku cerita pasal boba tea hehheheheh.

Ni aku try aritu Tiger Sugar.
Weh padu padu rasa dia...

Dalam antara 3 yang aku rasa setakat ni, Tiger Sugar ni paling sedap..
Tah la rasa dia susu dan brown sugar tu blend elok je rasa. Boba dia pun lembut, tak kenyal sangat.

Outlet ada kat Mid Valey, LG-065, harga RM13.65 including ST.
Boleh cuba..

Cengini 👍🏻






6.8.19

Xing Fu Tang

Hi

Ok dah try dah Xing Fu Tang haritu
Gigih cari.


Xing Fu Tang tak seramai macam The Black Whale aritu, sekejap je no dah di panggil, sampai tak sempat nak snap gambr resit.

Xing Fu Tang ada 1 saiz je, tapi ada 2 jenis, hot and cold, yang membezakannya harga dia, Cold RM12.50, Hot RM13.50. Yang aku try tu Brown Sugar Boba Milk cold, ada gula hangus atas dia, kacau2, bila sedut terasa la kruk kruk gula hangus tu..

Overall...Boleh la, tapi aku lagi suka the blak whale...




















Ok next kita try Tiger Sugar pulak.. kehkeh
Bye

31.7.19

The Black Whale

Hi,

Aku tak tahu la, aku ke yang baru tahu, atau benda ni memang baru nak up.
Pasal boba, minumam bubble tea tu.

Kebetulan aku follow Cikepal gonjeng tu, dia duk buru boba la, sampai aku pun terliur. hahah.
Ada banyak yang dia rekomen, tealive, xin fu tang, gong cha, tiger sugar. Tapi yang paling aku terliur sekali Black Whale ni la..

Semalam cuti pertabalan Agong, so keluar la cari black whale ni, salah satu cawangan dia kat PV128, Danau Kota Setapak. Pergi pergi trus beratur, macam tak ramai orang, heh anda silap, rupanya que order tu kene tunggu stengah jam, haa nak rasa punya pasal, maka sanggup la menunggu.

Yang tunggu telah tiba, nin dia...



Yang aku beli ni Fiery Brown Sugar Black Whale (large), yg ni signature dia la, harga RM14.90, small RM12.90. Yang specialnya dia, atas ada cream brulee, brown sugar yang dibakar.. Sedappp uuiii..










Ada jugak air lain, yang nampak tempting 1 lagi Brown Sugar Avocado Milk, harga pun lain, next time la kita try.









































Nanti korang boleh la try pergi kedai dia, ok la untuk yang nak rasa2, minuman ni memang la manis, kot ada yang complain manis-manis, toksah la merasa, x paksa pun.

Ok next nk try Xin FuTang pulak. 

:p

25.7.19

Fish and Chip

Sedapnya fish and chip..

Isi ikan yang disaluti tepung, digoreng kuning keemasan, disamping fries yg rangup, cicah pulak dengan sos tartar bersama-sama perahan lemon.. errmmm sedapnya imiginasi.

tak tahu kenapa 2,3 hari ni rasa nak makan sangat fish n chip, pergi la satu kedai ni, dekat area rumah je, actually, tu bukan la kedai western kegemaran aku pun, restoran kegemaran tutup time nak pergi haritu. try la kat restoran ni, xpernah makan fish n chip kat kedai dia sebelum ni, tpi pernah la rasa chicken chop dia, ok la not so bad.

Sampai2 tu mintak menu, tengok menu pun dah pelik, dia xde pun letak gambar fish n chip, kat situ dah terasa dah hati, mesti x best fish n chip dia, tpi sebab dah mengidam sangat, order la jugek..

Tengok yang sampai...
Hahah
nin dia...




















Xtahu nak gelak ke nak nangis, gelak je la.. hahaha
Cer teka harga berapa?? RM9 oi, 3 keping fish fillet, fries, ngn coleslaw tu aku rasa x berbaloi la.. baik makan McD fish fillet RM9 jugak, roti ada, fries pun banyak siap Coke lagi kann..

Punya la mengidam, aku x putus asa, pergi la cari kat Giant, sekali jumpa la fish n chip instant ni, RM12 cantu la harga dia, dalam dia siap ada fries tu skali, excited beli nak try.




















Dan setelah di air fryer kan inilah hasilnya...
Tada.....




















Sbb lemon lupa nak beli, guna la limau nipis pun sodap jugak la..
puas hati makan, besar pun besar, habis la 2 ketul tu aku sorang.
huhu kuatnya makan..

Recomended la fish n chip instant ni, unless kalau korang hado hado nak makan fish Manhatten kenn..

Bye..

22.7.19

Roses for 10th Anniversary

Salam.

Baru cerita the darker side of marriage.
Tup tup  12/7/19, Jumaat, for the first time in forever dia bagi bunga kat aku.

Besar la pulak tu,
Sempena our 10th Anniversary, alang2 nak amek hati aku la tue..

Terharu ada, sebak pun ada,
Semoga berbungala hati ini selama mungkin.




11.7.19

Selamat 10 tahun


Sekadar mengulit kenangan

10 tahun lepas


10 tahun lepas

and now...
Kat sini..
Kaunseling
Kita cerita pasal yang positif je la ye..

Siapa pun tahu, kalau ada masalah dalam rumah tangga, langkah pertama mesti kene pergi kaunseling. Ya we did.

Biasa la suami isteri bergaduh, tapi kali ni yang paling lama, almost 2 years kami bergaduh, bergaduh maksud aku kami tak bercakap, no communication at all, kalau bercakap pun pasal anak2 and asik nak marah je la. Berlarutan dan sampai kemuncaknya aku sendiri mintak dia set kan appointment untuk kaunseling. 

Bergaduh pasal apa tu toksah kata la, macam macam, ada je yang x kena, benda kecik je pun aku angin ngn dia.. aku memamg rasa panas hati betul bila ngn dia, kesian kat anak2 kene tempias aku. 

So, at first, aku memang keliru dengan perasaan sendiri, malu ada, berdebar pun ada, semangat pun ada. Ye la aku juga mengharapkan kene ada pertolongan sesorang untuk pulihkan semula.

Yes, aku bernasib baik, kaunselor tu seorang yang berumur jugak, xlah tua mana, tapi bila dengar dia bercakap, rasa la macam ayah2 nasihat kat anak.

Sessi kaunseling tu memula, kaunselor akan bercakap dengan suami dulu, suami cerita apa masalah dia, dalam 1 jam, lepas tu isteri pulak cerita kat kaunselor apa masalah, apo yang x pueh hati sgt dalam hati tu.. Ya aku cerita semua, sikap, tanggungjawab, pasal duit, pasal semua la.

Lepas tu next session baru la dia panggil kedua-dua sekali sembang, cerita sesama, semuaaaaaa masalah masing2 depan2 and untuk settlekan masalah.
 
Kaunselor tu awal2 sekali dia pesan, session ni di panggil sessi pertimbangan, so syarat2 nya 
  1. Kene jujur
  2. Kawal emosi
  3. Hormati  - jangan potong pasangan bercakap
Kaunselor tu bagitahu juga ada 5 perkara yang menjadikan permasalahan dalam rumah tangga
  1. Komunikasi
  2. Kewangan
  3. Tanggung jawab
  4. Orang ke 3
  5. Perhubungan suami isteri (sexual)
Bukan dari kaunseling dapat menentukan cerai atau tak cerai sesuatu perkahwinan, kaunselor cuma dapat memberi nasihat dan pandangan untuk memperbetulkan keadaan. Ada 2 solution.
  1. Perkukuhkan perhubungan
  2. Menamatkan perhubungan
Untuk merperkukuhkan perhubungan ada 5 cara
  1. Tahu salah masing2
  2. Mengaku salah masing2
  3. Betulkan salah masing2
  4. Stop mengunkit
  5. Jaga hubungan dengan Allah (perbanyakkan solat taubat, selalu jemaah, baca al-quran dan zikir)
untuk menamatkan perhubungan, kaunselor memang tidak menggalakan, tapi dari kauselor recommendation baru dia akan proceed ke next step iaitu perceraian. Cuma kaunselor bagitahu ada banyak risiko kalau nak menamatkan perhubungan terutama sekali anak2 (T.T)

Yup, sedih kan, end up macam ni, tapi aku try, aku sedaya upaya mencuba, tapi sakit tu tetap ada.

Semua untuk Afiq dan Adik Ann, Ibu cuba sekali lagi. 
😭



3.7.19

Year of Boar

2019 tahun babi.



Bagi penganut Buddha, tahun ni tahun babi, tahun ni juga di kenali Tahun membiak..
Takat tu je la aku tahu, hihi.. maybe dia ade macam macam lagi ramalan tpi ye la, ikut kepercayaan masing2, aku pun xde la percaya sangat, tapi mungkin juga kebetulan la sebab ramai yang aku kenal tengah pregnant, dan ada pun yang dah bersalin.

Department aku je 4 org ibu mengandung, 2 dah bersalin dgn jayanya. Alhamdullilah, tahniah2..
Sepupu aku pun 2 orang juga, dah selamat dah semua.. Eh sorang tu before CNY, mungkin dia x termasuk.. tapi tahun 2019 , boleh kira ke x tu? hahah pape pun boleh la..

Yg tengah mengalami morning sickness pun ade juga sorang 2, tpi maybe due dia tahun depan.. huhu tapi boleh relate la tahun ni tahun membiak..

Tak... sebenarnya aku nak citer pasal Ex aku, dia pun baru dapat baby baru 30/6/2019 aritu. Tahniah dari jauh je la ye, nak wish terang2an kang ape plak kata wife dia ye dok.. :p
baby baru ni baby boy, anak no3, 2 orang yg atas tu perempuan, so alhamdullillah la Allah makbul doa nak anak lelaki.. dapat dah la dia geng solat Jumaat.. bagus la ramai kan umat  Nabi Muhammad SAW.

Aku?? 2 org sepasang tu cukup dah la.. penat dah la jadi tarzan and incredible hulk.
Mak kau hijau.
haha







1.7.19

Happy Birthday Yana

27.06.2019 - Birthday Yana

Yana - adik aku no2, dia bwah aku. Dia duduk Saujana Putra jauhhhh nun jugak la uma dri uma M yg kat Ampang tu.
Actually aku tahu dia banyak terasa, sbb dia banyak miss birthday celebration org lain, kteorg mmg penjenis celebrate birthday, biar la x surprise mana, tpi mesti ada la celebration tu..

Yana pulak dia mmg la nak join, tpi sbb dia jauhh sikit so, dia jarang dpt join the celebration, sampai merajuk kawan tu. tpi bukan la salah kterog x nak ajak dia kann.. tah la..

disebabkan itula aku ajak M n Aura n Pp pergi uma dia sabtu lepaas, aku suh M ckp dtg nak raya, tapi aku order brownies la jugak, boleh nyanyi lagu birthday.

Harap dia terubat. bukan la maksud kteorg lupakan dia. mungkin bukan rezeki.. Lagipun semua pasal effort guys, salah satu effort aku la nk bagitahu Yana, bukan la kteorg xnk dia join. aku rasa la.. hahah

so, ni video yg aku ckp weols nyanyi lagi birthday..



Last but not least, gambar sekeluarga..





28.6.19

Berapa kali start over daa

Hi.

Ya Allah, dah 2 tahun x tulis pape..
Bakpo la gitumolalu pemalasnye la hai..

Of course la macam2 dah jadi..

Travel
2 negara dah, Osaka, Japan and Seoul, Korea..
Hurmmmm... ade ke yang nak dengar citer? kalau ade boleh la update nnti.

Wedding
Pp satu2 nya adik lelaki pun dah kawin..
best jugak oi jadi tuan rumah.. biar x rewang pun..
later la cerita.

Hari Raya 2018 & 2019
Dua,dua tahun raya di KB, alone dgn budak2, hurmmmmmmm...
Cerita sedih pun nk dengar ke? ade ke yg sudi baca???

Birthday
2018 -  Mommy 60 tahun, pencen dahh..
birthday yg lain2, pun celebrate, macam2 cerita surprisesnya pun berbeza2..

Business
Yang lama pun x buat dah, yg baru pun x berapa nak jalan.. sedih jugak.. xboleh la kalau dah hati ini hati seorang businesswomen tapi xde buat bisness pape.

Anak2 - Shafiq dan Ann
macam2 ragam juga. dah besar dah derang..

banyak benda la yang boleh di re cap kalau nak cerita..
xpe la pelan2, kita teringat kita tulis,,
Moga istiqomah..

1st July nnti kita start 1 hari 1 entry.