11.7.19

Selamat 10 tahun


Sekadar mengulit kenangan

10 tahun lepas


10 tahun lepas

and now...
Kat sini..
Kaunseling
Kita cerita pasal yang positif je la ye..

Siapa pun tahu, kalau ada masalah dalam rumah tangga, langkah pertama mesti kene pergi kaunseling. Ya we did.

Biasa la suami isteri bergaduh, tapi kali ni yang paling lama, almost 2 years kami bergaduh, bergaduh maksud aku kami tak bercakap, no communication at all, kalau bercakap pun pasal anak2 and asik nak marah je la. Berlarutan dan sampai kemuncaknya aku sendiri mintak dia set kan appointment untuk kaunseling. 

Bergaduh pasal apa tu toksah kata la, macam macam, ada je yang x kena, benda kecik je pun aku angin ngn dia.. aku memamg rasa panas hati betul bila ngn dia, kesian kat anak2 kene tempias aku. 

So, at first, aku memang keliru dengan perasaan sendiri, malu ada, berdebar pun ada, semangat pun ada. Ye la aku juga mengharapkan kene ada pertolongan sesorang untuk pulihkan semula.

Yes, aku bernasib baik, kaunselor tu seorang yang berumur jugak, xlah tua mana, tapi bila dengar dia bercakap, rasa la macam ayah2 nasihat kat anak.

Sessi kaunseling tu memula, kaunselor akan bercakap dengan suami dulu, suami cerita apa masalah dia, dalam 1 jam, lepas tu isteri pulak cerita kat kaunselor apa masalah, apo yang x pueh hati sgt dalam hati tu.. Ya aku cerita semua, sikap, tanggungjawab, pasal duit, pasal semua la.

Lepas tu next session baru la dia panggil kedua-dua sekali sembang, cerita sesama, semuaaaaaa masalah masing2 depan2 and untuk settlekan masalah.
 
Kaunselor tu awal2 sekali dia pesan, session ni di panggil sessi pertimbangan, so syarat2 nya 
  1. Kene jujur
  2. Kawal emosi
  3. Hormati  - jangan potong pasangan bercakap
Kaunselor tu bagitahu juga ada 5 perkara yang menjadikan permasalahan dalam rumah tangga
  1. Komunikasi
  2. Kewangan
  3. Tanggung jawab
  4. Orang ke 3
  5. Perhubungan suami isteri (sexual)
Bukan dari kaunseling dapat menentukan cerai atau tak cerai sesuatu perkahwinan, kaunselor cuma dapat memberi nasihat dan pandangan untuk memperbetulkan keadaan. Ada 2 solution.
  1. Perkukuhkan perhubungan
  2. Menamatkan perhubungan
Untuk merperkukuhkan perhubungan ada 5 cara
  1. Tahu salah masing2
  2. Mengaku salah masing2
  3. Betulkan salah masing2
  4. Stop mengunkit
  5. Jaga hubungan dengan Allah (perbanyakkan solat taubat, selalu jemaah, baca al-quran dan zikir)
untuk menamatkan perhubungan, kaunselor memang tidak menggalakan, tapi dari kauselor recommendation baru dia akan proceed ke next step iaitu perceraian. Cuma kaunselor bagitahu ada banyak risiko kalau nak menamatkan perhubungan terutama sekali anak2 (T.T)

Yup, sedih kan, end up macam ni, tapi aku try, aku sedaya upaya mencuba, tapi sakit tu tetap ada.

Semua untuk Afiq dan Adik Ann, Ibu cuba sekali lagi. 
😭



No comments:

Post a Comment